* marah macam ni !! macam org gile *
belle sayang b tau,never marah2x
Salam kepada pembaca belog belle nasution yang paling hangat di abad ini - wakakakak -. Agak lama belle menyepi dengan entri santai untuk anda semua. hehe! Seperti biasa entri belle kali ini pastinya tentang perempuan tetapi kalau anda rasa anda mampu menahan bebelan belle, jangan lupa bawak sekali kapas telinga yer. hehe!
Dalam kehidupan seharian, antara lelaki dengan perempuan, siapa yang paling suka marah? 5 saat untuk anda teka yer.. tet.. tettt. tetttt. hehe! Tentulah perempuan. heh! Orang perempuan ini unik sebenarnya kerana agak murah dengan kemarahan.
Bagi belle, marah orang perempuan merupakan satu seksaan anugerah. Marah mereka jadi panduan arah. Marah mereka kerana sayang. Marah mereka adalah kata-kata yang ikhlas suci dan murni kerana apa yang terpendam dalam hati mereka semuanya terluah, dan mereka akan rasa puas. Adoi, rindu la pula nak mendengar my gula-gula membebel. heh!
Tetapi bagaimana untuk meredakan kemarahan kaum hawa ini yer? Bila menggelegaknya darah, itulah tandanya marah. Ketika itu, syaitanlah yang paling ghairah. Sibuk menghasut dan sibuk mengarah. Ingat, jangan sesekali kita menyerah dan jangan kita hilang arah. Opps lupa bulan ini, semuanya di ikat. Yahuuu! Merdeka!heh!
Mari kita renungkan sabda Rasulullah:
“Orang yang paling gagah perkasa di antara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya di waktu marah dan orang yang paling sabar di antara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.”
(Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
* belle sayang my gula-gula bangat !! *

0 comments:
Post a Comment