BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 26, 2011

andainya ini ramadhan terakhir A.K.U

Seandainya ini Ramadan yang terakhir, mampukah belle 'berhari raya?'..Seandainya ini Ramadan yang terakhir, sempatkah belle menyucikan diri dari dosa-dosa belle? Seandainya ini Ramadan yang terakhir, dapatkah belle  tidur lena di kuburan?....Seandainya ini Ramadan yang terkahir,....

Ah, Ramadan hampir ke penghujungnya... Dia datang dengan jutaan Rahmat dan kasih sayang-Nya. Entah mengapa, jiwa terasa sebak untuk menerima kedatangan bulan utusan ini. Entah kenapa, diri terasa bagaikan tidak layak untuk menerima pemberian agung dari Tuhan ini. Entah mengapa....Mungkin kerana diri ini begitu cemar dan kotor, disaluti dosa dan noda...

Ramadan kali ini sudah tentu berbeza dari sebelumnya. Mummy & daddy ada bersama2x belle tahun ini.  Terawikh di masjid tahun ini seakan meriah dengan hadirnya mereka.. Biasanya kami pergi ke masjid bersama-sama dan balik bersama-sama.Waktu bersahur, mummy malas memasak seperti dulu. bellelah yang menggantikan tempat mummy... HAHA  Itu pun sekadar memanaskan lauk pauk. Syukur kerana kak emma ada di rumah.  Sebelah malam dapatlah kak emma menyediakan lauk pauk dan membantu mencuci pinggan mangkuk. Jika mengharapkan belle seorang, memang tidak termampu. belle sering letih dan tidak bermaya. Akhir-akhir ini belle sering sakit. Ah, mungkinlah Ramadan yang berbeza ini juga merupakan yang terakhir buat belle???

Apapun, Ramadan tetap Ramadan. Bulan penuh berkat ini membawa rahmat dan harapan kepada insan yang sedang tergapai-gapai mencari kasih sayang dan keampunan dari-Nya; insan seperti diri belle. "Ya Allah, akulah hamba-Mu yang sering berasa keseorangan dan kesunyian. Oleh itu Kau dekatilah aku, Kau bersamalah aku. Bersamalah aku dalam menghadapi dugaan dan cabaran. Bersamalah aku ketika imanku teguh dan ketika imanku lemah. Ya Tuhan, berikan nikmat kesihatan kepada ibu bapaku. Panjangkanlah umur mereka dan jagalah mereka. Ya Tuhan, sembuhkanlah penyakitku atau berikanlah aku kekuatan dalam memanfaatkan Ramadhan ini sepenuhnya, seandainya ini Ramadhan yang terakhir untukku..."

0 comments: