BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 31, 2011

Sekali lagi

Tadi belle tengok filem Sekali Lagi. Thanks to Amalenda sudi ajak belle tengok sekali.. kita pun apa lagi on jela. Inilah first time kita tgk cerita Melayu. Kalau tidak cerita English je.

Sinopsis Sekali Lagi

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Arman(Sam) yang mengidap penyakit autisme. Penyakit ini di dapati selepas dia menjalani pembedahan turmo. Arman menjadi seperti kanak-kanak terencat akal. Semuanya di uruskan oleh ibunya,mandi, pakai dan makan.



Arman berjumpa dengan Amy (Mia Sara) yang menyelamatkan dia dari menjadi mangsa rompakan. Sejak itu Arman selalu berjumpa dan bermain dengan Amy. Ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani) selalu melarang Amy dari berjumpa dengan Arman.



Rupa-rupanya Arman merupakan bapa kepada Amy. Arman telah menceraikan Shiela kerana tidak mahu Shiela tahu akan penyakitnya. Dalam masa yang sama Shiela pula telah bertemu dengan Haris (Bront Palare) dan merancang untuk berkahwin.

Adakah Shiela akan meneruskan perkahwinannya dengan Haris atau menerima semula Arman setelah tahu cerita yang sebenar? Nak tahu jawapannya kena lah tengok !!!

Keseluruhan belle bagi 3.5 bintang dari 5 untuk cerita ini. Cerita ini memamg sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Penuh dengan komedi yang mencuit hati.



* penulis blog yg poyozz *

0 comments: